BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Total Pageviews

Followers

Search Book

Wednesday, April 13, 2011

Jika Benar Cinta

-Alaf 21
-Jika Benar Cinta
-Lynn Dayana


DIA sukar menyatakan rasa cinta. Seolah-olah ucapan keramat itu bila diucapkan, bakal menjerut lehernya sendiri. Pengalaman lalu yang pahitnya masih lagi terasa juga menjadi punca mengapa dia tidak mahu berlindung di bawah payung hati lelaki. Teduhnya mungkin sementara saja. Kalau boleh dia mahu terus hidup sendiri.

Namun, sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukim di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang. Asyik terkenang-kenang.

Gila. Memang benar, cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan. Semuanya indah berlaka.

Tetapi... sanggupkah dia menjadikan kebahagiaan hatinya satu taruhan lagi? Dia sendiri tidak pasti. Mampukah dia bertahan sekali lagi jika hatinya dilukai? Dia tidak tahu. Menyemai kasih tanpa benih di ladang dan tidak bertanah umpama mencari air yang tidak bergaram di tengah lautan.

Bukan sesuatu yang mustahil, namun 'jika benar cinta' segalanya memerlukan pengorbanan. 

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...