BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Total Pageviews

Followers

Search Book

Monday, November 21, 2011

Satu-satunya Cinta

-Alaf 21
-Satu-satunya Cinta
-Hafimi Huzin


Perasaan cinta ini ialah sesuatu yang ingin dielakkan oleh kedua-duanya. Ika Aizura sedar dia seolah-olah mengambil kesempatan. Alfi Hariz tahu keluarganya pasti menentang. Anak tuan rumah dan orang gaji saling menaruh hati. Tetapi, siapa di dunia ini yang mampu memilih dengan siapa dia jatuh cinta?
 
Kasih yang dipertaruhkan sepenuh jiwa mendapat restu jua setelah Alfi Hariz berkeras dengan pilihannya. Ika Hazura bersetuju menjadi suri hidupnya. Namun, hari pernikahan yang dijangka meriah dengan hujan kesyukuran  menjadi gempar. Bakal pengantin perempuan melarikan diri tiba-tiba.
 
Sekeping nota ditinggalkan oleh Ika Aizura. Aura pilu menyelubungi diri pengantin lelaki, ditinggalkan oleh cinta  pada hari yang sepatutnya mencatatkan sejarah indah bukannya duka. Alfi Hariz bingung seketika. Mengapa impiannya dikhianati sesudah kebahagiaan mereka telah Ika Aizura janjikan?
 
Pada saat itu, bapa pengantin lelaki mendesak supaya anaknya bernikah dengan wanita lain demi menutup aib jika majlis dibatalkan. Akhirnya, antara simpati dan cinta, mana yang perlu didahulukan?

Panggil Aku Najiha

-Alaf 21
-Panggil Aku Najiha
-Ana Balqis


Najiha, nama gadis itu tetapi Burhan menganggapnya Ellina. Malah berkali-kali lelaki itu memanggilnya begitu. Lalu, dia cuba mengelak daripada Burhan tetapi kebetulan-kebetulan selalu menemukan mereka. Pensyarahnya, Wan Azmi juga menyangka dia, Ellina walaupun tahu nama sebenarnya Najiha.

Kedua-dua lelaki itu mengaku jatuh kasih kepadanya tetapi Najiha rasakan dia hanyalah pesona bayangan Ellina. Justeru itu, dia memilih Redza yang buta sebagai pasangan hidup walaupun keputusannya amat mengecewakan Zarul yang menantinya sekian waktu.

Namun, selepas tahajud pertama, Redza menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuannya. Najiha rebah lagi di kaki takdir. Dia pakai baju Redza, dia tidur beralas pelekat Redza. Air matanya tumpah tiada tersukat. Luluh seleruh hidupnya. Dia rasakan semua itu kerana dosa-dosanya yang lalu.

Siapakah Najiha sebenarnya? Apa kaitan dia dengan gadis bernama Ellina? Dan mengapa Najiha menolak Zarul yang telah banyak berkorban untuknya? Benarkah dia mengasihi suaminya sedangkan dia tidak pernah lupa kasih sayang Wan Azmi? Bagaimana pula dengan Burhan?

Apa pun tragedi yang 'mengalir' dalam hidupnya atau berapa banyak persoalan yang disogokkan kepadanya, dia cuma mahu dikenali dengan nama Najiha dan hidup sebagai Najiha.

Thursday, November 17, 2011

Kumohon Kasih

-Alaf 21
-Kumohon Kasih
-Haiza Najwa


Azrul Rozaimy atau Roy... Berdepan jua dengan Ayuni setelah lima tahun peristiwa dia telah terlanjur menodai gadis itu. Dia tidak menyangka Ayuni mengalami tekanan jiwa akibat peristiwa itu. Lebih menyedihkan apabila mengetahui bahawa keterlanjurannya menyebabkan Putra lahir ke dunia. Dengan menyamar sebagai Mi dan mengubah penampilan diri dia mengahwini Ayuni.

Ayuni... Sebenarnya dia waras. Kerana dendam terhadap Roy, dia mahu membalas setiap derita yang ditempuhi selama ini. Namun, dendam itu berbaur dengan rasa cinta yang sangat utuh di dalam hati. Hanya Roy yang ditunggu dan ingin ditemui.

Salwarina... Mencintai Roy sejak kecil lagi. Impian jadi nyata apabila keluarga menjodohkan mereka. Mereka berkahwin tanpa kerelaa Roy, sekadar untuk mengeratkan silaturrahim keluarga. Semuanya tersingkap jua. Jiwanya bergelodak amarah. Tidak rela menjadi isteri kedua, tidak mahu ada orang ketiga.

Sudahnya, mereka tersempit dalam perangkap cinta. Roy hanya cintakan Ayuni dan ingin kecapi cinta mereka yang ternoda dulu. Ayuni terus memburu Roy tanpa menyedari bahawa kekasih yang dicari ada di depan mata. Salwarina tetap mahu memiliki Roy walaupun sedar tidak mungkin dapat menakluki cinta lelaki itu.

Jika cinta itu suci, mengapa mesti ada insan yang akan terluka? Dan jika kasih itu abadi, pohonlah agar ia terus bersemi.

Wednesday, November 9, 2011

When Beauty Tamed The Beast

-Avon
-When Beauty Tamed The Beast
-Eloisa James


Piers Yelverton, Earl of Marchant, lives in a castle in Wales where, it is rumored, his bad temper flays everyone he crosses. And rumor also has it that a wound has left the earl immune to the charms of any woman.

Linnet is not just any woman.

She is more than merely lovely ; her wit and charm brought a prince to his knees. She estimates the earl will fall madly in love - in just two weeks.

Yet Linnet has no idea of the danger posed to her own heart by a man who may never love her in return.

If she decides to be very wicked indeed... what price will she pay for taming his wild heart?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...