-Alaf 21
-Panggil Aku Najiha
-Ana Balqis
Najiha, nama gadis itu tetapi Burhan menganggapnya Ellina. Malah berkali-kali lelaki itu memanggilnya begitu. Lalu, dia cuba mengelak daripada Burhan tetapi kebetulan-kebetulan selalu menemukan mereka. Pensyarahnya, Wan Azmi juga menyangka dia, Ellina walaupun tahu nama sebenarnya Najiha.
Kedua-dua lelaki itu mengaku jatuh kasih kepadanya tetapi Najiha rasakan dia hanyalah pesona bayangan Ellina. Justeru itu, dia memilih Redza yang buta sebagai pasangan hidup walaupun keputusannya amat mengecewakan Zarul yang menantinya sekian waktu.
Namun, selepas tahajud pertama, Redza menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuannya. Najiha rebah lagi di kaki takdir. Dia pakai baju Redza, dia tidur beralas pelekat Redza. Air matanya tumpah tiada tersukat. Luluh seleruh hidupnya. Dia rasakan semua itu kerana dosa-dosanya yang lalu.
Siapakah Najiha sebenarnya? Apa kaitan dia dengan gadis bernama Ellina? Dan mengapa Najiha menolak Zarul yang telah banyak berkorban untuknya? Benarkah dia mengasihi suaminya sedangkan dia tidak pernah lupa kasih sayang Wan Azmi? Bagaimana pula dengan Burhan?
Apa pun tragedi yang 'mengalir' dalam hidupnya atau berapa banyak persoalan yang disogokkan kepadanya, dia cuma mahu dikenali dengan nama Najiha dan hidup sebagai Najiha.
0 comments:
Post a Comment